Ahad, 3 Januari 2010

SEMANGAT TAHUN BARU.....

Dah tiga hari.... amacam semanagt masih berkobar2 ke?????? atau semangat itu hanya sekadar ikutan... mcm pak turut..... harus dielak... teruskan semangat yang berkobar2 itu setiap hari.... kerana hari2 yang berlalu tak mungkin boleh diundur..... bukan saja emas masa itu..tetapi mcm nyawa.... terlalu berharga.... perjalanan hari yang cemerlang bermula dengan pagi yang indah... mulakan pagi anda dengan semangat dan keceriaan ..... berikan wajah senyuman seribu asyik kepada alam.....

Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Apa azam anda...... mcm2 azam kan????? Harap2 semuanya berada dibawah lindungannya....

SEPANTAS MANA BOLEHKU LARI, SETINGGI MANA BOLEH KUDAKI, SEDALAM MANA BOLEH KURENANGI, SEKUAT MANA BOLEH KUTEMPUHI DAN SEJAUH MANA BOLEH AKU PERGI... AKU CUMA MANUSIA BIASA.... MAKHLUK TUHAN YANG SUNGGUH KERDIL .... KU POHON DOA MOGA DIRIKU SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI...

BERADALAH DILANDASAN YANG BETUL... JANGAN CEPAT MELATAH KERANA TAKUT TERBABAS.. MAKLUMLAH KADANG2 ADA YANG AKAN MENGEJUTKAN KITA DENGAN PEMANDUAN YANG KURANG KEMAS, DAN ADA JUGA YANG SENGAJA MEMBUNYIKAN HON... SAMADA SENGAJA NAK MENGUJI ATAU MEMBERI ISYARAT.... HATI2...KADANG2 LANDASAN ITU BENGKOK...JANGAN TERLALU LAJU .... PANDU IKUT ATURAN ... IKUT HALUAN YANG BETUL

SELAMAT TAHUN BARU.... MOGA HIDUP KITA BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK, TERJAGA,DIRAHMATI DAN DIBERKATI.... INSYAALLAH

Isnin, 21 Disember 2009

PROGRAM TERBARU

Tahun baru...semua baru...tak semua...yang baik..kita tambah baik lagi...kurang baik...kita buat sampai jadi baik....Insyaallah Kedahfm juga akan memberikan yang terbaik.... nantikan program2 baru yang kan menyengat lagi...tunggu....... SYA juga berusaha untuk menjadi lebih baik...cuba memperbaiki  apa yang kurang.....

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK MASIH BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG BETULKAN

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Hemmm.... salam maal hijrah.... hijrah... insyaallah semua mengharapkan yang terbaik daripada yang terbaik... apabila tiba tahun baru... azam tahun baru juga akan muncul... bagaimana dengan azam yang lama... dah mencapai target atau belum.... kita hanya merancang tuhan yang menentukan.... kita mengharapkan semua yang terbaik.... SEJAUH MANA PUN BOLEH KITA PERGI, SETINGGI MANAPUN BOLEH KITA DAKI, SEDALAM MANA BOLEH KITA RENANGI DAN SEPANTAS MANA PUN BOLEH KITA LARI..... HARUS SEDAR KITA MANUSIA BIASA... MAKHLUK TUHAN YANG CUKUP KERDIL.... BERADALAH DILANDASAN YANG BETUL... NAMUN KADANG2 ADA YANG AKAN MEMBUNYIKAN HON... MUNGKIN SEKADAR TEGURAN TETAPI ADA JUGA YANG NAK MENGUJI... JANGAN TERKEJUT DAN JANGAN MELATAH... TAKUT TERBABAS.... PANDU BERHATI2 IKUT ARAHAN PAPAN TANDA.... INSYAALLAH...

Selasa, 15 Disember 2009

HOREY.....HOREY....

Seronok kerana SPM dan STPM dah tamat.... lega tu tahu lah nak cakap macam mana kan????... tapi itulah setiap debaran, setiap penantian kita doakan semoga pengakhirannya baik.... hemmm...apa agaknya nak buatkan...nak isi masa lapang... ada yang bijak mengatur masa...mengambil peluang menambah pengetahuan dan ada juga yang nak menambah kemahiran.....dan pengalaman... apa pun isikan dengan perkara2 yang berfaedah....

Rabu, 9 Disember 2009

KEHIDUPAN BERBEZA.....

Kehidupan kita berbeza...mimpi juga berbeza.... hidup setiap orang berbeza... baik diluar... buruk didalam... tenang diluar...gelodak didalam......
tiada siapa pun yang inginkan kehidupan yang kurang baik... tiada ibubapa  yang mengajar anak untuk menjadi jahat....kalau ada...mungkin tersasar anak panahnya.... namun dalam kehidupan yang sentiasa mencabar... sentiasa berhati-hati itu perlu.... yang disangka baik belum tentu benarnya... namun kita sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berbaik sangka....... sentiasa menjaga kehidupan kita agar sentiasa jernih... namun kenapa ada orang yang suka mengeruhkannya..... tidak sesekali mahu membuat hal... namun ada yang membualkan.... lumrah dunia...lumrah manusia.... suka berbual.... bualkan yang membawa untung..... bukan bual yang memualkan......

Rabu, 18 November 2009

SALAM.... UNTUK SEMUA

Seiring dgn zaman..... segala sudah berubah... teknologi semakin b'kembang.... ada yang kata...kalau tak pandai menggunakan komputer ibarat macam buta huruf...... dgn teknologi terkini, dunia rasa mcm dekat aje..... kawan lama yang terputus hubungan setelah habis sekolah dapat b'temu kembali setelah 12 tahun.... yg berada jauh boleh bersembang2 mcm berada dekat sahaja... namun ada juga yg mengambil kesempatan... menyalahgunakan teknologi yang ada. Sebagai seorang yg berilmu... yang boleh berfikir... gunalah segala kemudahan yang ada dgn sebaik mungkin......

Khamis, 12 November 2009

SERONOK....

Jika berada dalam keadaan yang seronok atau lebih senang difahami gembira... insyaallah semua kerja dapat dijalankan dengan baik,,,,,, membuat sesuatu kerja dengan hati yang gembira... bermakna kita melakukannya dengan rasa bertanggungjawab.... bukan mengharapkan dibalas dengan pujian tetapi cukuplah dengan rasa puas.... dan untuk adik2 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM hadapi peperiksaan dengan tenang dan gembira..... SEMOGA KEJAYAAN MILIK KALIAN.... SELAMAT MAJU JAYA ....

Selasa, 10 November 2009

KHABAR HARI INI..


Sempat pergi melawat salah seorang sahabat yg sakit di hospital.... walaupun diuji dgn kesihatan yang kurang baik...tetapi semangat dan fikirkan yang positif itu yang terbaik. Apabila bercakap berkaitan dengan sakit...pasti ada yang resah... dan gelisah kerana takut nanti banyak kerja tertangguh...... dan banyak benda yang akan tergendala... namun jika kita tidak diuji dengan sakit... mungkin kita akan lupa atau alpa... dgn nikmat dunia..... kadang2 kita terlalu leka dgn keseronokkan dunia hingga kita lupa akan bekalan akhirat..... dan apabila kita diuji dengan sakit ... barulah kita sedar betapa banyak dan besarnya nikmat yang tuhan berikan kepada kesihatan yang baik itu.... jadi jagalah kesihatan sebaik mungkin... dan jika kita diuji dengan sakit.... sedarlah bahawa kita diberi satu nikmat... iaitu nikmat menghargai akan kehidupan....

Jumaat, 6 November 2009

KEMBALI SEGAR

Dah lama tak menulis...... kembali segar.... syukur alhamdulillah... kerana kita masih lagi dikurniakan kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas hakiki sbg makhluk tuhan... namun tak kurang juga yg diuji dgn kesihatan yg kurang memuaskan.... hadapi dgn tabah... hemmm... selalu disebut pejam celik pejam celik dah masuk bulan November...kiranya dah dekat dah nak masuk tahun baru... apa harapan atau objektif untuk tahun baru.... ramai yang dah pun menulis objektif untuk dicapai tahun depan...harapan semoga berjaya.....

Ahad, 4 Oktober 2009

KEMBALI BERTUGAS

Dah 2 minggu berada di bulan Syawal.... ada yang mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk mengadakan kenduri... sama ada kenduri kesyukuran, kahwin dan ada yang mengambil kesempatan untuk mengikat tali pertunangan...tahniah... itu mungkin seminggu yang lalu... dan hari ini semua kembali untuk menjalankan semula tugas2 yang tertangguh kerana bercuti... dan inilah realitinya..... masa tetap berlalu .... yang lepas tetap ditinggalkan .... pastinya setiap orang menantikan masa yang akan datang..... Sya mengharapkan sesuatu yang indah dan terbaik untuk masa akan datang ....... insyaallah juga mengharapkan anda semua juga berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang dalam meniti kehidupan .... SELAMAT BERUGAS

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf juga ingin mengucapkan selamat hari raya... semoga kedatangan Syawal kali ini membawa rahmat dan berkat untuk kita semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 12 September 2009

BERHATI-HATI

Biar lambat asal selamat...itu antara ingatan yang sering dimaklumkan kepada semua yang akan memandu pulang.....ramai diantara rakan2 dan saudara mara yang akan pulang untuk beraya dikampung...ini bermakna kampung akan mula sesak dan bandar mula lengang bila menjelang raya kan...jadi bagi anda yang akan bergerak pulang pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.... pastikan anda cukup tidur dan rehat...dan rancang perjalanan anda.... apapun saya sentiasa mengharapkan anda selamat sampai ke destinasi dengan selamat... dapat berjumpa orang tersayang...kaum keluarga...
HATI-HATI DIJALANRAYA SEMOGA ANDA SELAMAT TIBA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 6 September 2009

RAYA


Bila dah nak sampai ke penghujung Ramadhan...ramai yang akan sibuk, terutama sekali golongan hawa..ibu lah yer... sibuk nak siap rumah, sibuk nak sedia juadah, sibuk nak melayan anak2..hemmm..maklumlah nak merayakan hari kemenangan.. sempat saya mengambil peluang cuti hujung minggu ni...jalan2 di pekan,,,tengok gelagat orang ramai membeli belah..seronok... ramai yang mengambil peluang nak membeli baju raya... bila lewat beli... apa yang kita berkenan tak dapat sebabnya saiz dah tak ada..... tapi tengok gaya lah..raya tahun ni rasa ramai yang mengenakan fesyen yang sama... semua pakaian yang dijual oleh semua peniaga fesyennya sama jer.... apa nak buat..nak tempah baju dah tak sempat...tukang goyang kaki dah tak terima tempahan... walaubagaimana sebagai orang dewasa kurang sikit atau tak telebih seronok kan nak sambut raya berbanding kanak2... ingat lagi semasa zaman kanak2, kalau baju raya yg dibeli awal, pasti dipakai berapa kali tah tak tahu... asyik mencuba jer.. sehinggalah tiba hari raya,,, apapun raya pasti tumpuan diberikan untuk anak2... sediakan pakaian untuk mereka dulu... hemmm... tahun ni Syahir dah berusia 4 tahun,,,, so dah boleh jalan2 raya kot....budak yang dilahirkan 7 bulan ni aktif sungguh... dan sekarang dah cerdik sikit...dah kenal tok n wan... dan dah cakap dengan jelas... raya ni pasti meriah.......

PERTENGAHAN

Dah masuk ke pertengahan ramadhan...dan pasti tiba penghujung ramadhan... antara peristiwa penting yang berlaku dibulan Ramadhan ialah turunnya Al quran, 17 Ramadhan sambutan Nuzul Al quran...dan apabila tibanya 10 malam terakhir pastinya kita menantikan malam yang penuh berkat malam lailatulqadar.... kita mengharapkan moga kita tergolong dalam golongan yang bertuah bertemu dgn malam seribu malam...malam penuh syahdu...malam lailatulqadar,,, insyaallah

Khamis, 3 September 2009

SALAMMM..

SYUKUR...ALHAMDULILLAH...nikmat kurnia untuk hari ini kerana dapat lagi menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan aman dan harmoni... macam tagline Radio Malaysia Kedahfm pula.... hari yang ke-13, pastinya kita mengharapkan keberkatan dan rahmat.... ini bermakna kita sudah berada di pertengahan Ramadhan... iaitu pengampunan.. tentu kita tidak mahu melepaskan peluang untuk melipat gandakan lagi amal ibadat... kerana bukan senang untuk kita berada dibulan penuh rahmat ini... mungkin kedatangan Ramadhan yang akan datang belum tentu dapat kita nikmati.... belum tentu kita berada dalam keadaan sihat, waras..atau bagaimana kehidupan untuk akan datang....tiada siapa dapat menentukannya.... elok kiranya kita sentiasa menadah tangan tanda syukurnya kita dengan nikmat yang dikurniakan iaitu kesihatan yang baik..kewarasan akal fikiran...dan kebahagian hidup... jika kita tidak kaya wang ringgit..tetapi kita kaya kesihatan itu sudah rahmat...

Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52

Genaplah hari ini negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.... Perpaduan Satu Malaysia...bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara masih berada dalam keadaan yang aman, harmoni...walaupun pelbagai ancaman melanda..semua dihadapi dengan tenang... dan hari ini sambutan Kemerdekaan disambut dalam suasana yang sederhana kerana negara masih lagi dilanda wabak selsema H1N1 dan kebetulan kemerdekaan tahun ini jatuh dibulan Ramadhan..bulan penuh rahmat... bulan penuh kenikmatan... sebagai anak selepas Merdeka... sepatutnya kita berterima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan.. dan syukur kerana kita dapat nikmatnya sekarang..... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Khamis, 27 Ogos 2009

SYUKUR

Syukur alhamdulillah...kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang indah...berpuasa dengan aman dan tenang..tidak kah kita berbangga menjadi warga negara Malaysia yang hidup dalam kemakmuran kemerdekaan. Apa perlu kita dijajah semula... tidak... apa yang kita inginkan sebagai warganegara yang sayangkan negara ialah..aman dan damai... hidup bersatu padu... Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh..Merdeka...Merdeka..Tetaplah merdeka... Ia pasti menjadi sejarah...itu antara bait2 lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang selalu dimainkan apabila menjelangnya bulan kemerdekaan... apakah kita betul2 menghayati erti Kemerdekaan..... HARGAILAH SEBUAH KEMERDEKAAN... KERANA KEMERDEKAAN LAH KITA DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN MAKMUR..... SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Sekarang isu H1N1 belum lagi reda..masih lagi tahap bahaya..jadi bagi anda yang ingin keluar ke bazar ramadhan pastikan anda memakai topeng muka...dan untuk peniaga pula..sangat2 lah digalakkan untuk memakai topeng muka....peniaga makanan.. kebersihan perlu diutamakan... SELAMAT BERBUKA PUASA

SALAM 1 RAMADHAN

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat dan makfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadahnya
Diri tunduk keinsafan
Dengan rasa berdosa
Bulan kemuliaan
Yang dikurniakan ini
Usah biarkan keberkatannya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuh daki dunia
Sambutlah ramadhan
Dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Maha Besar
Ditaburi mutiara hikmah al quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatulqadar
Pengorbanan yang dibuat
Balasannya Syurga

Ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan