Rabu, 18 November 2009

SALAM.... UNTUK SEMUA

Seiring dgn zaman..... segala sudah berubah... teknologi semakin b'kembang.... ada yang kata...kalau tak pandai menggunakan komputer ibarat macam buta huruf...... dgn teknologi terkini, dunia rasa mcm dekat aje..... kawan lama yang terputus hubungan setelah habis sekolah dapat b'temu kembali setelah 12 tahun.... yg berada jauh boleh bersembang2 mcm berada dekat sahaja... namun ada juga yg mengambil kesempatan... menyalahgunakan teknologi yang ada. Sebagai seorang yg berilmu... yang boleh berfikir... gunalah segala kemudahan yang ada dgn sebaik mungkin......

Khamis, 12 November 2009

SERONOK....

Jika berada dalam keadaan yang seronok atau lebih senang difahami gembira... insyaallah semua kerja dapat dijalankan dengan baik,,,,,, membuat sesuatu kerja dengan hati yang gembira... bermakna kita melakukannya dengan rasa bertanggungjawab.... bukan mengharapkan dibalas dengan pujian tetapi cukuplah dengan rasa puas.... dan untuk adik2 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM hadapi peperiksaan dengan tenang dan gembira..... SEMOGA KEJAYAAN MILIK KALIAN.... SELAMAT MAJU JAYA ....

Selasa, 10 November 2009

KHABAR HARI INI..


Sempat pergi melawat salah seorang sahabat yg sakit di hospital.... walaupun diuji dgn kesihatan yang kurang baik...tetapi semangat dan fikirkan yang positif itu yang terbaik. Apabila bercakap berkaitan dengan sakit...pasti ada yang resah... dan gelisah kerana takut nanti banyak kerja tertangguh...... dan banyak benda yang akan tergendala... namun jika kita tidak diuji dengan sakit... mungkin kita akan lupa atau alpa... dgn nikmat dunia..... kadang2 kita terlalu leka dgn keseronokkan dunia hingga kita lupa akan bekalan akhirat..... dan apabila kita diuji dengan sakit ... barulah kita sedar betapa banyak dan besarnya nikmat yang tuhan berikan kepada kesihatan yang baik itu.... jadi jagalah kesihatan sebaik mungkin... dan jika kita diuji dengan sakit.... sedarlah bahawa kita diberi satu nikmat... iaitu nikmat menghargai akan kehidupan....

Jumaat, 6 November 2009

KEMBALI SEGAR

Dah lama tak menulis...... kembali segar.... syukur alhamdulillah... kerana kita masih lagi dikurniakan kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas hakiki sbg makhluk tuhan... namun tak kurang juga yg diuji dgn kesihatan yg kurang memuaskan.... hadapi dgn tabah... hemmm... selalu disebut pejam celik pejam celik dah masuk bulan November...kiranya dah dekat dah nak masuk tahun baru... apa harapan atau objektif untuk tahun baru.... ramai yang dah pun menulis objektif untuk dicapai tahun depan...harapan semoga berjaya.....