Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Apa azam anda...... mcm2 azam kan????? Harap2 semuanya berada dibawah lindungannya....

SEPANTAS MANA BOLEHKU LARI, SETINGGI MANA BOLEH KUDAKI, SEDALAM MANA BOLEH KURENANGI, SEKUAT MANA BOLEH KUTEMPUHI DAN SEJAUH MANA BOLEH AKU PERGI... AKU CUMA MANUSIA BIASA.... MAKHLUK TUHAN YANG SUNGGUH KERDIL .... KU POHON DOA MOGA DIRIKU SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI...

BERADALAH DILANDASAN YANG BETUL... JANGAN CEPAT MELATAH KERANA TAKUT TERBABAS.. MAKLUMLAH KADANG2 ADA YANG AKAN MENGEJUTKAN KITA DENGAN PEMANDUAN YANG KURANG KEMAS, DAN ADA JUGA YANG SENGAJA MEMBUNYIKAN HON... SAMADA SENGAJA NAK MENGUJI ATAU MEMBERI ISYARAT.... HATI2...KADANG2 LANDASAN ITU BENGKOK...JANGAN TERLALU LAJU .... PANDU IKUT ATURAN ... IKUT HALUAN YANG BETUL

SELAMAT TAHUN BARU.... MOGA HIDUP KITA BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK, TERJAGA,DIRAHMATI DAN DIBERKATI.... INSYAALLAH

Isnin, 21 Disember 2009

PROGRAM TERBARU

Tahun baru...semua baru...tak semua...yang baik..kita tambah baik lagi...kurang baik...kita buat sampai jadi baik....Insyaallah Kedahfm juga akan memberikan yang terbaik.... nantikan program2 baru yang kan menyengat lagi...tunggu....... SYA juga berusaha untuk menjadi lebih baik...cuba memperbaiki  apa yang kurang.....

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK MASIH BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG BETULKAN

SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Hemmm.... salam maal hijrah.... hijrah... insyaallah semua mengharapkan yang terbaik daripada yang terbaik... apabila tiba tahun baru... azam tahun baru juga akan muncul... bagaimana dengan azam yang lama... dah mencapai target atau belum.... kita hanya merancang tuhan yang menentukan.... kita mengharapkan semua yang terbaik.... SEJAUH MANA PUN BOLEH KITA PERGI, SETINGGI MANAPUN BOLEH KITA DAKI, SEDALAM MANA BOLEH KITA RENANGI DAN SEPANTAS MANA PUN BOLEH KITA LARI..... HARUS SEDAR KITA MANUSIA BIASA... MAKHLUK TUHAN YANG CUKUP KERDIL.... BERADALAH DILANDASAN YANG BETUL... NAMUN KADANG2 ADA YANG AKAN MEMBUNYIKAN HON... MUNGKIN SEKADAR TEGURAN TETAPI ADA JUGA YANG NAK MENGUJI... JANGAN TERKEJUT DAN JANGAN MELATAH... TAKUT TERBABAS.... PANDU BERHATI2 IKUT ARAHAN PAPAN TANDA.... INSYAALLAH...

Selasa, 15 Disember 2009

HOREY.....HOREY....

Seronok kerana SPM dan STPM dah tamat.... lega tu tahu lah nak cakap macam mana kan????... tapi itulah setiap debaran, setiap penantian kita doakan semoga pengakhirannya baik.... hemmm...apa agaknya nak buatkan...nak isi masa lapang... ada yang bijak mengatur masa...mengambil peluang menambah pengetahuan dan ada juga yang nak menambah kemahiran.....dan pengalaman... apa pun isikan dengan perkara2 yang berfaedah....

Rabu, 9 Disember 2009

KEHIDUPAN BERBEZA.....

Kehidupan kita berbeza...mimpi juga berbeza.... hidup setiap orang berbeza... baik diluar... buruk didalam... tenang diluar...gelodak didalam......
tiada siapa pun yang inginkan kehidupan yang kurang baik... tiada ibubapa  yang mengajar anak untuk menjadi jahat....kalau ada...mungkin tersasar anak panahnya.... namun dalam kehidupan yang sentiasa mencabar... sentiasa berhati-hati itu perlu.... yang disangka baik belum tentu benarnya... namun kita sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berbaik sangka....... sentiasa menjaga kehidupan kita agar sentiasa jernih... namun kenapa ada orang yang suka mengeruhkannya..... tidak sesekali mahu membuat hal... namun ada yang membualkan.... lumrah dunia...lumrah manusia.... suka berbual.... bualkan yang membawa untung..... bukan bual yang memualkan......

Rabu, 18 November 2009

SALAM.... UNTUK SEMUA

Seiring dgn zaman..... segala sudah berubah... teknologi semakin b'kembang.... ada yang kata...kalau tak pandai menggunakan komputer ibarat macam buta huruf...... dgn teknologi terkini, dunia rasa mcm dekat aje..... kawan lama yang terputus hubungan setelah habis sekolah dapat b'temu kembali setelah 12 tahun.... yg berada jauh boleh bersembang2 mcm berada dekat sahaja... namun ada juga yg mengambil kesempatan... menyalahgunakan teknologi yang ada. Sebagai seorang yg berilmu... yang boleh berfikir... gunalah segala kemudahan yang ada dgn sebaik mungkin......

Khamis, 12 November 2009

SERONOK....

Jika berada dalam keadaan yang seronok atau lebih senang difahami gembira... insyaallah semua kerja dapat dijalankan dengan baik,,,,,, membuat sesuatu kerja dengan hati yang gembira... bermakna kita melakukannya dengan rasa bertanggungjawab.... bukan mengharapkan dibalas dengan pujian tetapi cukuplah dengan rasa puas.... dan untuk adik2 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM hadapi peperiksaan dengan tenang dan gembira..... SEMOGA KEJAYAAN MILIK KALIAN.... SELAMAT MAJU JAYA ....

Selasa, 10 November 2009

KHABAR HARI INI..


Sempat pergi melawat salah seorang sahabat yg sakit di hospital.... walaupun diuji dgn kesihatan yang kurang baik...tetapi semangat dan fikirkan yang positif itu yang terbaik. Apabila bercakap berkaitan dengan sakit...pasti ada yang resah... dan gelisah kerana takut nanti banyak kerja tertangguh...... dan banyak benda yang akan tergendala... namun jika kita tidak diuji dengan sakit... mungkin kita akan lupa atau alpa... dgn nikmat dunia..... kadang2 kita terlalu leka dgn keseronokkan dunia hingga kita lupa akan bekalan akhirat..... dan apabila kita diuji dengan sakit ... barulah kita sedar betapa banyak dan besarnya nikmat yang tuhan berikan kepada kesihatan yang baik itu.... jadi jagalah kesihatan sebaik mungkin... dan jika kita diuji dengan sakit.... sedarlah bahawa kita diberi satu nikmat... iaitu nikmat menghargai akan kehidupan....

Jumaat, 6 November 2009

KEMBALI SEGAR

Dah lama tak menulis...... kembali segar.... syukur alhamdulillah... kerana kita masih lagi dikurniakan kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas hakiki sbg makhluk tuhan... namun tak kurang juga yg diuji dgn kesihatan yg kurang memuaskan.... hadapi dgn tabah... hemmm... selalu disebut pejam celik pejam celik dah masuk bulan November...kiranya dah dekat dah nak masuk tahun baru... apa harapan atau objektif untuk tahun baru.... ramai yang dah pun menulis objektif untuk dicapai tahun depan...harapan semoga berjaya.....

Ahad, 4 Oktober 2009

KEMBALI BERTUGAS

Dah 2 minggu berada di bulan Syawal.... ada yang mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk mengadakan kenduri... sama ada kenduri kesyukuran, kahwin dan ada yang mengambil kesempatan untuk mengikat tali pertunangan...tahniah... itu mungkin seminggu yang lalu... dan hari ini semua kembali untuk menjalankan semula tugas2 yang tertangguh kerana bercuti... dan inilah realitinya..... masa tetap berlalu .... yang lepas tetap ditinggalkan .... pastinya setiap orang menantikan masa yang akan datang..... Sya mengharapkan sesuatu yang indah dan terbaik untuk masa akan datang ....... insyaallah juga mengharapkan anda semua juga berada dalam keadaan yang baik dan cemerlang dalam meniti kehidupan .... SELAMAT BERUGAS

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf juga ingin mengucapkan selamat hari raya... semoga kedatangan Syawal kali ini membawa rahmat dan berkat untuk kita semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 12 September 2009

BERHATI-HATI

Biar lambat asal selamat...itu antara ingatan yang sering dimaklumkan kepada semua yang akan memandu pulang.....ramai diantara rakan2 dan saudara mara yang akan pulang untuk beraya dikampung...ini bermakna kampung akan mula sesak dan bandar mula lengang bila menjelang raya kan...jadi bagi anda yang akan bergerak pulang pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.... pastikan anda cukup tidur dan rehat...dan rancang perjalanan anda.... apapun saya sentiasa mengharapkan anda selamat sampai ke destinasi dengan selamat... dapat berjumpa orang tersayang...kaum keluarga...
HATI-HATI DIJALANRAYA SEMOGA ANDA SELAMAT TIBA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 6 September 2009

RAYA


Bila dah nak sampai ke penghujung Ramadhan...ramai yang akan sibuk, terutama sekali golongan hawa..ibu lah yer... sibuk nak siap rumah, sibuk nak sedia juadah, sibuk nak melayan anak2..hemmm..maklumlah nak merayakan hari kemenangan.. sempat saya mengambil peluang cuti hujung minggu ni...jalan2 di pekan,,,tengok gelagat orang ramai membeli belah..seronok... ramai yang mengambil peluang nak membeli baju raya... bila lewat beli... apa yang kita berkenan tak dapat sebabnya saiz dah tak ada..... tapi tengok gaya lah..raya tahun ni rasa ramai yang mengenakan fesyen yang sama... semua pakaian yang dijual oleh semua peniaga fesyennya sama jer.... apa nak buat..nak tempah baju dah tak sempat...tukang goyang kaki dah tak terima tempahan... walaubagaimana sebagai orang dewasa kurang sikit atau tak telebih seronok kan nak sambut raya berbanding kanak2... ingat lagi semasa zaman kanak2, kalau baju raya yg dibeli awal, pasti dipakai berapa kali tah tak tahu... asyik mencuba jer.. sehinggalah tiba hari raya,,, apapun raya pasti tumpuan diberikan untuk anak2... sediakan pakaian untuk mereka dulu... hemmm... tahun ni Syahir dah berusia 4 tahun,,,, so dah boleh jalan2 raya kot....budak yang dilahirkan 7 bulan ni aktif sungguh... dan sekarang dah cerdik sikit...dah kenal tok n wan... dan dah cakap dengan jelas... raya ni pasti meriah.......

PERTENGAHAN

Dah masuk ke pertengahan ramadhan...dan pasti tiba penghujung ramadhan... antara peristiwa penting yang berlaku dibulan Ramadhan ialah turunnya Al quran, 17 Ramadhan sambutan Nuzul Al quran...dan apabila tibanya 10 malam terakhir pastinya kita menantikan malam yang penuh berkat malam lailatulqadar.... kita mengharapkan moga kita tergolong dalam golongan yang bertuah bertemu dgn malam seribu malam...malam penuh syahdu...malam lailatulqadar,,, insyaallah

Khamis, 3 September 2009

SALAMMM..

SYUKUR...ALHAMDULILLAH...nikmat kurnia untuk hari ini kerana dapat lagi menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan aman dan harmoni... macam tagline Radio Malaysia Kedahfm pula.... hari yang ke-13, pastinya kita mengharapkan keberkatan dan rahmat.... ini bermakna kita sudah berada di pertengahan Ramadhan... iaitu pengampunan.. tentu kita tidak mahu melepaskan peluang untuk melipat gandakan lagi amal ibadat... kerana bukan senang untuk kita berada dibulan penuh rahmat ini... mungkin kedatangan Ramadhan yang akan datang belum tentu dapat kita nikmati.... belum tentu kita berada dalam keadaan sihat, waras..atau bagaimana kehidupan untuk akan datang....tiada siapa dapat menentukannya.... elok kiranya kita sentiasa menadah tangan tanda syukurnya kita dengan nikmat yang dikurniakan iaitu kesihatan yang baik..kewarasan akal fikiran...dan kebahagian hidup... jika kita tidak kaya wang ringgit..tetapi kita kaya kesihatan itu sudah rahmat...

Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52

Genaplah hari ini negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.... Perpaduan Satu Malaysia...bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara masih berada dalam keadaan yang aman, harmoni...walaupun pelbagai ancaman melanda..semua dihadapi dengan tenang... dan hari ini sambutan Kemerdekaan disambut dalam suasana yang sederhana kerana negara masih lagi dilanda wabak selsema H1N1 dan kebetulan kemerdekaan tahun ini jatuh dibulan Ramadhan..bulan penuh rahmat... bulan penuh kenikmatan... sebagai anak selepas Merdeka... sepatutnya kita berterima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan.. dan syukur kerana kita dapat nikmatnya sekarang..... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Khamis, 27 Ogos 2009

SYUKUR

Syukur alhamdulillah...kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang indah...berpuasa dengan aman dan tenang..tidak kah kita berbangga menjadi warga negara Malaysia yang hidup dalam kemakmuran kemerdekaan. Apa perlu kita dijajah semula... tidak... apa yang kita inginkan sebagai warganegara yang sayangkan negara ialah..aman dan damai... hidup bersatu padu... Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh..Merdeka...Merdeka..Tetaplah merdeka... Ia pasti menjadi sejarah...itu antara bait2 lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang selalu dimainkan apabila menjelangnya bulan kemerdekaan... apakah kita betul2 menghayati erti Kemerdekaan..... HARGAILAH SEBUAH KEMERDEKAAN... KERANA KEMERDEKAAN LAH KITA DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN MAKMUR..... SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Sekarang isu H1N1 belum lagi reda..masih lagi tahap bahaya..jadi bagi anda yang ingin keluar ke bazar ramadhan pastikan anda memakai topeng muka...dan untuk peniaga pula..sangat2 lah digalakkan untuk memakai topeng muka....peniaga makanan.. kebersihan perlu diutamakan... SELAMAT BERBUKA PUASA

SALAM 1 RAMADHAN

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat dan makfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadahnya
Diri tunduk keinsafan
Dengan rasa berdosa
Bulan kemuliaan
Yang dikurniakan ini
Usah biarkan keberkatannya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuh daki dunia
Sambutlah ramadhan
Dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Maha Besar
Ditaburi mutiara hikmah al quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatulqadar
Pengorbanan yang dibuat
Balasannya Syurga

Ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan

Jumaat, 14 Ogos 2009

Assalamulaikum...salam 1 Malaysia


Ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi... mari kita menambahkan lagi amal ibadat..moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa dirahmati Allah...insyaallah

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Semalam semasa bertugas.... semasa mendengar satu berita cukup mengejutkan apabila seorang penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia... cukup sedih..cukup terasa kehilangan kerana beliau merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang begitu saya kagumi... cukup mengasyikkan lagi apabila mendengar bacaan doa yang dialunkan beliau... apa pun yang hidup pasti mati.. salam takziah untuk keluarga Allahyarham Ustaz Asri.. Al Fatihah..

Isnin, 10 Ogos 2009

Salam 1 Malaysia

Hari ini 9 kes baru melibatkan kematian... kes apa...H1N1...mencatatkan 27 kes kematian. Apa yang perlu kita lakukan....mencegah lebih baik daripada mengubati... lakukan langkah2 pencegahan seperti yang disarankan...basuh tangan.. elak drp berada ditempat yang ramai orang...dan yang dikuarantinkan.. jgn lah ke mana2..jika rasa kurang sihat segeralah dapatkan rawatan....serius... itulah yang boleh dikatakan mengenai H1N1

Khamis, 6 Ogos 2009

Salam 1 Malaysia


Saya ingin mengajak anda untuk menyertai saya dalam ruangan Mesra Pagi setiap hari Sabtu, Ahad dan Isnin jam 0600 - 1000 bersama gandingan Jamil Isa.... bagi anda yang inginkan sesuatu topik dibincangkan boleh kirimkan cadangan anda ke alamat E-Mail SYA iaitu karlfida_05@yahoo.com atau syahida98@gmail.com. Yang berminat nak pantun jom sertai kami setiap hari Sabtu 0800-0900 manakala yang nak belajaq loghat Kedah.. amboi silakan.. mai sama2 belajaq hari Sabtu juga tapi pukul 0900 - 1000. Jangan lupa noh...



Radio Malaysia KEDAHfm

Mesra Harmoni
97.5 /90.5

Salam 1 Malaysia

Hari ini sya mau kongsi cerita berkaitan iri dengki......atau rasa tak puas hati. Saya dikejutkan dengan satu cerita.... rupa2 dalam hidup kita seharian...perasaan iri hati, mahu bersaing dan tak boleh lebih, sentiasa ada. Walaupun hidup dalam satu kampung... engkau tak boleh lebih daripada aku... perasaan itu yang yang akan membuatkan hubungan makin renggang dan mungkin akan terputus.... setiap manusia dijadikan atau dicipta tuhan mempunyai kelebihan dan kekurangan... kadang2 kita baik pada satu perkara dan kena jua akur akan kekurang pada satu perkara.... usah dibalan kelebihan orang hanya kerana kita takut akan kehilangan sesuatu.... kerana takut anaknya ketinggalan dalam banyak hal dalam dunia yang banyak saingan ini... kadang2 seorang ibu (memang sifat seorang ibu membela anak) sanggup lakukan apa saja asalkan anaknya menang dalam segala hal...yakni tidak kalah pada pesaing nyer... apa sudah jadi .... bising biar pada tempatnya.... usah dibalan akan rezeki orang lain.....

Ahad, 2 Ogos 2009

Salam...hati sudah berbunga

Alhamdullilah...syukur.. rasa hari ini bersemangat nak memulakan kerja.. coz bila dapat chat dengan kawan2 lama atau lebih tepat lagi, bertanya khabar...alahaiiiii..rasa seronok dan bersemangat...itulah dah dipesan beberapa kali..jangan putuskan sahaja hubungan sesama rakan...senyap tanpa bertanya khabar... hahh.. bila dah bersapa ..wow rasa lain macam jer macam nak balik zaman kat UPM dulu... hati dah berbunga..seronoknyaaaa.... tapi semua tetap tak berubah macam dulu juga... minat pun tak berubah... kita tetap datinnnnn uuuuuuuu..... jangan sesekali putuskan terus hubungan sesama rakan walau sesibuk manapun... hubungan yang terjalin pasti membuat anda lebih sihat..... wahhhh....

Sabtu, 1 Ogos 2009

Salam...

Tiba2 jer rasa rindu makin membuak2.... coz hari ini sempat sms dengan seorang rakan lama semasa belajar di UPM dulu tetapi sudah hampir 5 tahun menjadi emak saudara kita(kahwin dengan Pak Su kite daaa)... sembang pasai kawan2 lama.... aduh... rindu laa.. pula... lepas tengok gambar terkini mereka dalam facebook.... bila pula nak adakan reunion ni... dah tak sabaq nak tunjuk ni... tunjuk apa.... ade laa.... bila bercakap berkaitan dengan rakan, sahabat, teman ni...... harap2 kita sambunglah ukhwah tu jangan biar terputus... sekarang ni... seiring dengan teknologi terkini semua boleh dihubungi... salam ukhwah untuk RECCERS 8...... tetap tak berubah.....

Khamis, 30 Julai 2009

SALAM PENUH KEINSAFAN

Sempat baca akbar hari ini... dalam ruangan dunia dimana menunjukkan kebesaran Yang Maha Esa... bayi kepala dua yang dilahirkan di Filipina sama dengan hari kematian juga bayi kepala dua yang dilahirkan di Indonesia... adakah kita insaf,,,,... sama2 direnungkan sama2 memuhasabah diri... insafi setiap kejadian...

TEPAT KE PILIHAN????


Sukar jika berbicara berkaitan dengan keputusan.... kadang2 keputusan yang dibuat tidak berpihak kepada yang benar... wow sukar.... kadang2 keputusan yang dibuat benar2 tepat dengan apa yang kita kehendakki.... memang benar kita terlalu banyak impian yang kadang2 sukar untuk kita perolehi kerana kita berdepan dengan alam... alam ciptaan tuhan yang sentiasa menguji setiap hambanya... namun ini bukan zalim... tadah tangan pohon doa, pohon keberkatan..keizinannya insyaallah... pastinya kurnian yang baik diberikan... lebih baik daripada yang diharapkan.... alhamdulillah... syukur... jangan lepaskan...

MASIH KU RINDUI...


Antara aktiviti yang selalu dilakukan waktu tak banyak tanggungjawab.... antara aktiviti yang melatih diri untuk lebih cergas dan cerdas... lebih berani dan yakin diri.... hallo kawan2... cam ke gambar sape ni????? dah ada pengganti ke....???????? ....

JAUH PERJALANAN


Dah berapa lama tak bercuti?????.... sejak mengalami kejutan dalam hidup.... rasa lama tak mengambil peluang menikmati keindahan bumi ciptaan tuhan... rasanya sekarang perlu bertindak dan bergerak....

SAYANG MENYAYANGI


Hidup perlu penuh dengan kasih sayang...kekal abadi



Sabtu, 18 Julai 2009

salam....

Tiba2 jer rasa macam boring pula malam ni... diorang ajak tengok wayang.... malas ler coz esok mau tugas 6 pagi.........ptg tadi sempat juga tengok MU lawan Malaysia... walaupun kurang arif atau lebih tepat lagi...minat tu tak tinggi sangat tetapi suka juga nak tengok perlawanan itu... rasa macam seronok dan bersemangat apabila pasukan Malaysia menunjukkan aksi cemerlang untuk menentang MU yang wahhhh...gah sebab besar dan tinggi2 orangnya... lagipun mereka kan nama besar di persada bola sepak...tahniah untuk Amri Yahya yang berjaya menyumbat dua gol.... juga sekalung tahniah untuk Farizal yang berjaya mengawal gawang gol dengan penuh berhemah... walaupun nama beliau belum gah... dan insyaallah dengan kecemerlangan yang ditunjukkan pada hari ini..... mungkin membuahkan hasil..... sekalung TAHNIAH buat pasukan Malaysia... apa yang sedih dilihat penyokong MU lebih ramai daripada penyokong Malaysia... cam ner tu... apapun SYA tetap sokong Malaysia...negaraku... walaupun tewas 3-2....... sebenarnya nak tengok Owen jer main....

Isnin, 13 Julai 2009

MASA DAH BERLALU...

Nyesal tak.... kalau kita terlambat buat keputusan..... terlalu banyak pertimbangan... adakah akan merugikan kita.... terlalu menanti.... terlalu mengharap.... terlalu percaya... terlalu takut.... terlalu berani.... terlalu yakin.... ya akibat TERLALU lah yang menyebabkan kadang-kadang kita boleh rugi juga.....iaitu terlalu sambil lewa...... Benar masa berlalu pergi dah tak boleh dipanggil balik atau di undur kembali... cepatkan masa bergerak.... rasa macam semalamnya kita membuat sesuatu... dan hari ini kena buat lagi... rutin harian.... kalau terdengar detik waktu atau bunyi jarum jam... wah rasa macam tak sempat nak buat semua perkara yang diinginkan atau impian yang belum tercapai.... kalau perlu mengatakan YA sekarang kenapa tidak dikatakan YA sahaja...kenapa dibiar berlalu tanpa keputusan?????? kan dah nyesal.... apa yang kita cari dalam kehidupan seharian..... setiap detik yang berlalu itu macam emas yang cukup berharga.....jadi hargailah masa....... kalaulah masa itu dapat diundur...apakah yang kita nak lakukan???????? tanya sendiri...fikir sendiri....selesai sendiri.... bolehhhhh.....

Sabtu, 11 Julai 2009

SYAHIR 'N' NAUFAL




SEKEJAP AJE MASA BERLALU


Orang kata kalau tak nak berdepan masalah elok jadi budak2.... memang betul pun rasanya budak2 ini tak payah fikir kerja, macamana nak cari duit dan fikir bagimana nak selesai masalah .... apa yang meraka tahu main jer...... namun masa tetap juga berlalu..... ari ini pasti akan menjadi semalam.... dan esok yang kita nantikan akan menjadi hari ini... esok tak datang2 juga kan... seronok bila lihat kanak2 yang awalnya bayi yang terlalu lembut kulitnya sampai nak pegang pun takut .... dah besar... dah pandai cakap dan dah pandai melawan cakap mak yer.... bayi yang bersih itulah yang perlu kita corakkan dengan warna2 impian agar besar menjadi warna yang sejuk dipandang dan cukup indah.... ini juga realiti kehidupan... kecil menjadi besar.... kanak2 ke alam dewasa.... yang muda tetap akan tua....... hukum alam... semua bakal tempuhi... ada susah... ada senang... gembira ada duka... sihat ada sakit..... CORAK KEHIDUPAN TANPA MENENTANG ARUS.....

salam keceriaan.....

SALAMMMMMMM.....

Lama tak up date blog.... berkesempatan hari ini..... dah makan ketupat.... emmm... bila bercakap berkaitan ketupat, selalunya kita akan ingat hari raya...... namun perlu bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat yang cukup besar...apa????... nikmat dapat melihat dengan jelas, mendengar dengan baik, boleh lagi bercakap..... badan masih lagi sihat dan minda pun masih waras.... alhamdulillah syukur dengan nikmat ini.... masih lagi berada dibulan Rejab... bulan untuk memuhasabah diri, bulan untuk untuk menambahkan lagi pahala dengan berpuasa dan besedekah kerana ini bulan Allah..... SYUKUR.... masih lagi diberi nikmat untuk merasai lagi bulan2 yang penuh barakah........ dan kita mengharapkan juga kita dikurnakan lagi minda yang cerdas dan badan yang sihat untuk menghadapi bulan2 yang kita nantikan Ramadhan bulan untuk manusia bulan penuh nikmat dan berkat.... insyallah....

INGIN menyentuh sedikit berkaitan dengan realiti..... KITA HIDUP UNTUK MASA AKAN DATANG DAN BUKAN UNTUK MASA YANG DITINGGALKAN.... cukup sukar untuk menerima realiti tetapi itu yang perlu didepani oleh setiap orang.... masih belum reda lagi mengenai kematian Raja Pop Dunia MJ... ramai peminatnya yang masih bersedih ... namun inilah hakikat kehidupan yang hidup pasti mati... persoalannya bagaimana kita nak menghadapi realiti... kehilangan orang yang tersayang secara tiba2 pastinya ia terlalu mengejutkan... bagaimana kita menerima perkhabaran ini dan bagaimana kita menghadapinya.... hati yang tak mempunyai rasa sahaja kot yang boleh menghadapi...... adakah hanya orang yang tabah sahaja berjaya mengharunginya dan mungkin hanya orang2 yang terlalu istimewa sahaja boleh mengharunginya...... INILAH REALITI... INILAH HAKIKAT... SEMUANYA BERPUNCA DRP HATI YANG AKAN MENGGERAKKAN SELURUH BADAN..IMPULS YANG DIHANTAR KE OTAK MENGGERAKKAN SELURUH ANGGOTA.... SUCIKAN HATI...

Sabtu, 20 Jun 2009

APABILA MASALAH MELANDA


Daripada topik buah durian beralih pula kepada masalah.... alkisah kawan kepada kita menghadapi masalah percintaan yang cukup hebat... macam filem DHADKAN filem hindi lakonan Shilpa Shetty dan Akshay Kumar... lakonan mantap... kiranya cinta tiga segi dan akhirnya dikecewakan... apa yang boleh kita bantu... hanya perlu membuat dia rasa selesa dan tenang.... bagaimana nak pujuk hati agar tenang hanya orang itu sendiri... nasihat yang kita beri jika diterima dengan hati yang tenang mungkin boleh diselesaikan... namun jika diri sendiri tak mampu menolong diri... bagaimana orang lain nak pujuk..... meminjam kata2 DR HM TUAH... hadapi masalah dengan selamba.... bukan dengan muka yang berkerut kerana nanti masalah juga akan berkerut2.... JOM MAKAN KETUPAT DULU...

CAKAP PASAI DURIAN



SALAM....manis tanpa gula....cuma letak susu jer sikit

Cakap pasai durian..... sekarang musim durian..... rata2 ada durian... kalau yang tak ada dusun tak payah risau... dusun tepi jalan banyak.... so kalau yang ada penyakit, ingat2 bila nak makan durian... sekarang ni cuaca tak menentu... takut2 darah naik atau demam.... bila cakap pasai durian ni teringat masa zaman belajar dulu... di UPM.... blok kijang KOSSAS nama penginapan sya selama 4 tahun.... al kisah kawan sebilik ni... aduh kepingin mau makan durian... apa lagi kami pun naik motor terus pergi ke pasar malam.... dapat ler dua biji buah durian... alamak macam mana pula nak bawa balik ni.... aduhzzz..... malu pun ada...tapi belasah jeh.... memang malang betul balik jer nak masuk pagar kawasan kolej... kena tahan pak guard... senyum sinis jer sib baik semua lengkap... dilepaskan mungkin sebab kesian kot... pas tu nak kopek pula .... aduh.....hanya tuhan yang tau..... walaubagaimana pun durian tu selamat dihadam..... ada ler cite2 lucu kopek durian... dan bau durian yang semerbak tu..... dari tingkat dua sampai satu blok bleh bau..... sya pun tak sabar menunggu buah durian depan rumah yang berbuah adalah hampir 10 biji... kiranya buah pertama untuk pokok kesayangan ini.... bagi yang tak suka buah durian jangan marah ekkkk... dengan topik buah durian kali ini....


GAMBAR YANG TERPAPAR INI BUKAN DUSUN DURIAN TETAPI EMPAT DARA PINGITAN MILIK TUAN SABUDIN DAN PUAN FATIMAH... ADIK2 KITA YANG MANJA DAN SANGAT DISAYANGI... bersama kakak mereka ini yang muda daripada mereka....

Sabtu, 13 Jun 2009

BERCUTI MEMANG SERONOK




SALAM......

Kenapa agaknya kita disarankan untuk menikmati keindahan bumi ciptaan tuhan..... apabila kita nikmati dengan hati yang ikhlas, kita dapat nikmatnya.... jadi saya sarankan untuk anda yang banyak sangat kerja atau stress dengan keadaan sekeliling...cuba2 cari jalan untuk pergi berehat seketika... cari lokasi2 menarik untuk dikunjungi.... nikmati dengan perasaan yang tenang.... ALHAMDULILLAH sempat SYA mengambil peluang sempena cuti sekolah untuk bercuti dan bersantai bersama yang tersayang... seronok... kami memilih pantai timur lokasi untuk bercuti kali ini..... fuhhhh...lega...lapang dada coz boleh rehat2 kan badan dan cergaskan minda.... shopping ler... kat sini kan popular dengan batik nyer.... sib baik poket tak tebal kalau tak.... berat kereta nak bergerak .... sini memang popular dengan batik... cantik2 belaka memang rambang mata....

Sabtu, 30 Mei 2009

CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA

Yahoooo...... cuti sekolah dah bermula.... mungkin itu antara ayat...yang akan dikeluarkan oleh adik2 yang bersekolah...... tapi cuti sekolah juga banyak kenduri kahwin.... ha.... bila cakap soal kahwin.... hemmmmm....... banyak orang yang tanyakan kita bila nak kahwin ni????????... kami lapar nasi minyak SYA lahhhhh.... (ish rasa terharu pun ada, sebab ramai nak tengok kita gembira kannnnnn) insyallah ada jodoh kita panggil mai makan ramai2.... yang seronoknya ramai nak tahu siapa pilihan SYA.... ada yang kata dah lama sangat memilih ni.... sure hebat punya..... enggang sama enggang, pipit sama pipit... biar sepadan.... bila dah diijab dan kabul... bila dah SAHHH... cek tunjuk ler.... la ni tak boleh... sebab masing2 sibuk2.... ish...ish... sibuk tak berhenti..... kalau ada jodoh.... ada lah..... insyallah........ yang bakal melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ini... SELAMAT PENGANTIN BARU.........

Khamis, 28 Mei 2009

BUAT TATAPAN TEMAN.....LAMA DAN BARU

Salam...

Tanggal 10 Disember 2008 pastinya meninggalkan kenangan yang sukar uutuk dilupakan.... harapan aku biar sekali jer berlaku...... tak nak lagi buat mak n abah risau... memang benar malang tidak berbau.... namun didoakan semoga kalian dan juga aku sendiri tidak lagi ditimpa musibbah yang boleh menyebabkan jantung orang2 tersayang berhenti seketika..... sedikit paparan untuk tontonan rakan2 yang tak sempat nak melawat tempoh hari.....

SELEPAS 5 BULAN

Alhamdulillah... meneruskan tugasan ku seperti biasa mencari bahan... buat rujukan untuk lagu2 terkini dan lagu hiburan untuk pendengar setia Kedahfm... ayuh dengarkan Kedahfm Mesra Harmoni....97.5 bagi anda yang berada di kawasan utara... Sya akan menemani pagi anda bersama gandingan Jamil... setiap pagi Sabtu, Ahad dan Isnin...6 hingga 10 pagi.... manakala bergerak solo 10 hingga 2 petang setiap Khamis MESRA SURI... sudi2 kan memilih stesen no.1 kawasan utara

TINGGAL KENANGAN

Salam.... yang indah wajar untuk kita kenang... yang buruk kita buang jauh....



Isnin, 25 Mei 2009

SALAMMMM...... DARI DJ SYA

Salam......

Alhamdulillah...syukur kerana selasai sudah laksana tugasan hari ini....... apabila kita gembira untuk melakukan kerja kita... insyallah kita boleh selesaikan dengan jayanya..... bagaimana agaknya kawan2 ku yang terpaksa beralih bidang..... ramai diantara mereka sudah bergelar pendidik,,,,,, pernah juga terbayang bagaimana Ridzwan, Meor, Wawa, Ija....ehem...siapa lagi.... bergelar pendidik.... bolehkah nak mengajar ni..... namun dah pun dibuktikan anda memang boleh bergelar.... GURU.....apapun didoakan semoga anda bergelar pendidik yang memang mempunyai keikhlasan hati untuk melihat anak2 bangsa berjaya...... dan aku juga memang berlainan bidang dengan kursus pengajian dulu..... (APA LAGI...KEJANYA CAKAPPPPPP AJE.... BUKAN CAKAP KOSONG TAPI BERINFOMASI) ...... semua orang punyai impian dan cita2... waktu kecil selalu dilaungkan oleh kita... nak jadi macam ni...nak jadi macam tu..... namun hakikat tetap hakikat yang perlu diterima oleh kita.... KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN..... namun jika kita mahu.... berusahalah dan sertailah dengan doa......
HIDUP MEMANG BETUL MACAM RODA...KADANG DI ATAS DAN KADANG DIBAWAH banyak dugaan yang perlu kita tempuhi....dan mereka yang sabar dan menerima semuanya dengan hati terbuka... insyaallah..... jalan yang bakal diselusuri... walaupun berliku... mungkin senang ditempuhi.......DAAAAAAAAA

Ahad, 24 Mei 2009

OK...nak sambung balik cerita...coz tadi ada gangguan cikit..... bila fikir balik sib baik tak ingat kalau tak mesti ternampak2 jer orang yang sedang mengelilingi saya.... fuh.... sure malu beb.... saya rasa saya ditidurkan sampailah ke esokkan harinya..... kot.... bangun2 jer or sedar2 jer... lah de kat atas katil.... tapi tetap senyum... enggak tanya apa2pun... redha jer... ramai yang cakap wajah saya makin seri...lain jer...lepas xcdent..... fuh.... berbunga hati.... (syukur sangat sebat tak ingat peristiwa itu...memang betul2 rasa dilindungi.....).... orang yang tolong kita pun tak ingat rupa..... tapi adik cakap rupa dia macam kawan kita........memang mendebarkan.... saya seorang yang optimis... jika kita kehilangan sesuatu usah tangisi kerana ini mungkin ujian yang akan memberikan kita markah penuh...bila kita berusah untuk memperbaikkinya... dan yang paling penting... sabar...dan hadapi SETIAP MASALAH DENGAN SLUMBER..... OK AMACAM CANTIK TAK GAMBAR ...... HALLOOO KITA... HAHAHA... (coming soon)

I'M BACK

Salam......

Pernah anda mengalami kegagalan...... atau..... musibbah..... jika anda pernah mengalaminya... jadikan ia sebagai satu pengajaran yang berguna.......

Rupanya hampir enam bulan sudah perisitiwa hitam yang berlaku pada dirikuu...hahaha.... ...musibah yag berlaku.... saya terima dengan kesyukuruan.... alhamdulillah... kesihatan semakin baik...minda juga semakin cerdas.... dan saya sudah kembali.... rupanya ramai orang yang sayangkan kita.... haha... 4 hari terlantar di katil hospital.... ehemm...kawan yang sarat mengandung yang dah hampir tiba waktu bersalin (kiranya bila2 ler- dan 4 bulan sekarang umurnya...Hai Haziq...)... pun datang dek terkejut menerima berita ini.... abang kita nun di Terengganu...pun pulang..... dan ramai yang datang melawat.... fuhhhh... patut benar untuk kita HARGAI KEHIDUPAN INI........
ALHAMDULILLAH.... syukur sangat kerana saya betul2 dilindungi.... ada yang cakap saya kuat semangat...baru 2 minggu kemalangan dah boleh "drive"..semula... nak tahu kisah kejadian ini....
SEMASA KEJADIAN MEMANG SAYA TAK INGAT.... INI CERITA YANG DICERITAKAN OLEH ORANG YANG MEMBANTU SAYA (menghantar cek ke hospital....korp khun kah)... LUKA YANG MENYEBABKAN DARAH BANYAK... SAYA DIBANTU...DIBAWA KELUAR DARI KENDERAAN YANG REMUK...SIB BAIK LUAR JER TERUK TETAPI DALAM TIDAK.... DAN SAYA DIKELILINGI OLEH ORANG2 YANG MEMBANTU ITU....... (cerita menarik ini akan disambung)

I'M BACK

Isnin, 20 April 2009

SALAM PENGENALAN

MUTIARA KATA SEBAGAI SALAM PERKENALAN....

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ........."Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan......"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~ ......"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~ ......."Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~