Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf juga ingin mengucapkan selamat hari raya... semoga kedatangan Syawal kali ini membawa rahmat dan berkat untuk kita semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 12 September 2009

BERHATI-HATI

Biar lambat asal selamat...itu antara ingatan yang sering dimaklumkan kepada semua yang akan memandu pulang.....ramai diantara rakan2 dan saudara mara yang akan pulang untuk beraya dikampung...ini bermakna kampung akan mula sesak dan bandar mula lengang bila menjelang raya kan...jadi bagi anda yang akan bergerak pulang pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.... pastikan anda cukup tidur dan rehat...dan rancang perjalanan anda.... apapun saya sentiasa mengharapkan anda selamat sampai ke destinasi dengan selamat... dapat berjumpa orang tersayang...kaum keluarga...
HATI-HATI DIJALANRAYA SEMOGA ANDA SELAMAT TIBA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 6 September 2009

RAYA


Bila dah nak sampai ke penghujung Ramadhan...ramai yang akan sibuk, terutama sekali golongan hawa..ibu lah yer... sibuk nak siap rumah, sibuk nak sedia juadah, sibuk nak melayan anak2..hemmm..maklumlah nak merayakan hari kemenangan.. sempat saya mengambil peluang cuti hujung minggu ni...jalan2 di pekan,,,tengok gelagat orang ramai membeli belah..seronok... ramai yang mengambil peluang nak membeli baju raya... bila lewat beli... apa yang kita berkenan tak dapat sebabnya saiz dah tak ada..... tapi tengok gaya lah..raya tahun ni rasa ramai yang mengenakan fesyen yang sama... semua pakaian yang dijual oleh semua peniaga fesyennya sama jer.... apa nak buat..nak tempah baju dah tak sempat...tukang goyang kaki dah tak terima tempahan... walaubagaimana sebagai orang dewasa kurang sikit atau tak telebih seronok kan nak sambut raya berbanding kanak2... ingat lagi semasa zaman kanak2, kalau baju raya yg dibeli awal, pasti dipakai berapa kali tah tak tahu... asyik mencuba jer.. sehinggalah tiba hari raya,,, apapun raya pasti tumpuan diberikan untuk anak2... sediakan pakaian untuk mereka dulu... hemmm... tahun ni Syahir dah berusia 4 tahun,,,, so dah boleh jalan2 raya kot....budak yang dilahirkan 7 bulan ni aktif sungguh... dan sekarang dah cerdik sikit...dah kenal tok n wan... dan dah cakap dengan jelas... raya ni pasti meriah.......

PERTENGAHAN

Dah masuk ke pertengahan ramadhan...dan pasti tiba penghujung ramadhan... antara peristiwa penting yang berlaku dibulan Ramadhan ialah turunnya Al quran, 17 Ramadhan sambutan Nuzul Al quran...dan apabila tibanya 10 malam terakhir pastinya kita menantikan malam yang penuh berkat malam lailatulqadar.... kita mengharapkan moga kita tergolong dalam golongan yang bertuah bertemu dgn malam seribu malam...malam penuh syahdu...malam lailatulqadar,,, insyaallah

Khamis, 3 September 2009

SALAMMM..

SYUKUR...ALHAMDULILLAH...nikmat kurnia untuk hari ini kerana dapat lagi menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan aman dan harmoni... macam tagline Radio Malaysia Kedahfm pula.... hari yang ke-13, pastinya kita mengharapkan keberkatan dan rahmat.... ini bermakna kita sudah berada di pertengahan Ramadhan... iaitu pengampunan.. tentu kita tidak mahu melepaskan peluang untuk melipat gandakan lagi amal ibadat... kerana bukan senang untuk kita berada dibulan penuh rahmat ini... mungkin kedatangan Ramadhan yang akan datang belum tentu dapat kita nikmati.... belum tentu kita berada dalam keadaan sihat, waras..atau bagaimana kehidupan untuk akan datang....tiada siapa dapat menentukannya.... elok kiranya kita sentiasa menadah tangan tanda syukurnya kita dengan nikmat yang dikurniakan iaitu kesihatan yang baik..kewarasan akal fikiran...dan kebahagian hidup... jika kita tidak kaya wang ringgit..tetapi kita kaya kesihatan itu sudah rahmat...

Isnin, 31 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52

Genaplah hari ini negara menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.... Perpaduan Satu Malaysia...bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara masih berada dalam keadaan yang aman, harmoni...walaupun pelbagai ancaman melanda..semua dihadapi dengan tenang... dan hari ini sambutan Kemerdekaan disambut dalam suasana yang sederhana kerana negara masih lagi dilanda wabak selsema H1N1 dan kebetulan kemerdekaan tahun ini jatuh dibulan Ramadhan..bulan penuh rahmat... bulan penuh kenikmatan... sebagai anak selepas Merdeka... sepatutnya kita berterima kasih kepada pejuang2 kemerdekaan.. dan syukur kerana kita dapat nikmatnya sekarang..... MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Khamis, 27 Ogos 2009

SYUKUR

Syukur alhamdulillah...kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang indah...berpuasa dengan aman dan tenang..tidak kah kita berbangga menjadi warga negara Malaysia yang hidup dalam kemakmuran kemerdekaan. Apa perlu kita dijajah semula... tidak... apa yang kita inginkan sebagai warganegara yang sayangkan negara ialah..aman dan damai... hidup bersatu padu... Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh..Merdeka...Merdeka..Tetaplah merdeka... Ia pasti menjadi sejarah...itu antara bait2 lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang selalu dimainkan apabila menjelangnya bulan kemerdekaan... apakah kita betul2 menghayati erti Kemerdekaan..... HARGAILAH SEBUAH KEMERDEKAAN... KERANA KEMERDEKAAN LAH KITA DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN MAKMUR..... SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Sekarang isu H1N1 belum lagi reda..masih lagi tahap bahaya..jadi bagi anda yang ingin keluar ke bazar ramadhan pastikan anda memakai topeng muka...dan untuk peniaga pula..sangat2 lah digalakkan untuk memakai topeng muka....peniaga makanan.. kebersihan perlu diutamakan... SELAMAT BERBUKA PUASA

SALAM 1 RAMADHAN

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun rahmat dan makfirah
Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadahnya
Diri tunduk keinsafan
Dengan rasa berdosa
Bulan kemuliaan
Yang dikurniakan ini
Usah biarkan keberkatannya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuh daki dunia
Sambutlah ramadhan
Dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Maha Besar
Ditaburi mutiara hikmah al quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatulqadar
Pengorbanan yang dibuat
Balasannya Syurga

Ahlan Wasahlan
Marhaban Ya Ramadhan

Jumaat, 14 Ogos 2009

Assalamulaikum...salam 1 Malaysia


Ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi... mari kita menambahkan lagi amal ibadat..moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa dirahmati Allah...insyaallah

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia

Semalam semasa bertugas.... semasa mendengar satu berita cukup mengejutkan apabila seorang penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia... cukup sedih..cukup terasa kehilangan kerana beliau merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang begitu saya kagumi... cukup mengasyikkan lagi apabila mendengar bacaan doa yang dialunkan beliau... apa pun yang hidup pasti mati.. salam takziah untuk keluarga Allahyarham Ustaz Asri.. Al Fatihah..

Isnin, 10 Ogos 2009

Salam 1 Malaysia

Hari ini 9 kes baru melibatkan kematian... kes apa...H1N1...mencatatkan 27 kes kematian. Apa yang perlu kita lakukan....mencegah lebih baik daripada mengubati... lakukan langkah2 pencegahan seperti yang disarankan...basuh tangan.. elak drp berada ditempat yang ramai orang...dan yang dikuarantinkan.. jgn lah ke mana2..jika rasa kurang sihat segeralah dapatkan rawatan....serius... itulah yang boleh dikatakan mengenai H1N1

Khamis, 6 Ogos 2009

Salam 1 Malaysia


Saya ingin mengajak anda untuk menyertai saya dalam ruangan Mesra Pagi setiap hari Sabtu, Ahad dan Isnin jam 0600 - 1000 bersama gandingan Jamil Isa.... bagi anda yang inginkan sesuatu topik dibincangkan boleh kirimkan cadangan anda ke alamat E-Mail SYA iaitu karlfida_05@yahoo.com atau syahida98@gmail.com. Yang berminat nak pantun jom sertai kami setiap hari Sabtu 0800-0900 manakala yang nak belajaq loghat Kedah.. amboi silakan.. mai sama2 belajaq hari Sabtu juga tapi pukul 0900 - 1000. Jangan lupa noh...



Radio Malaysia KEDAHfm

Mesra Harmoni
97.5 /90.5

Salam 1 Malaysia

Hari ini sya mau kongsi cerita berkaitan iri dengki......atau rasa tak puas hati. Saya dikejutkan dengan satu cerita.... rupa2 dalam hidup kita seharian...perasaan iri hati, mahu bersaing dan tak boleh lebih, sentiasa ada. Walaupun hidup dalam satu kampung... engkau tak boleh lebih daripada aku... perasaan itu yang yang akan membuatkan hubungan makin renggang dan mungkin akan terputus.... setiap manusia dijadikan atau dicipta tuhan mempunyai kelebihan dan kekurangan... kadang2 kita baik pada satu perkara dan kena jua akur akan kekurang pada satu perkara.... usah dibalan kelebihan orang hanya kerana kita takut akan kehilangan sesuatu.... kerana takut anaknya ketinggalan dalam banyak hal dalam dunia yang banyak saingan ini... kadang2 seorang ibu (memang sifat seorang ibu membela anak) sanggup lakukan apa saja asalkan anaknya menang dalam segala hal...yakni tidak kalah pada pesaing nyer... apa sudah jadi .... bising biar pada tempatnya.... usah dibalan akan rezeki orang lain.....

Ahad, 2 Ogos 2009

Salam...hati sudah berbunga

Alhamdullilah...syukur.. rasa hari ini bersemangat nak memulakan kerja.. coz bila dapat chat dengan kawan2 lama atau lebih tepat lagi, bertanya khabar...alahaiiiii..rasa seronok dan bersemangat...itulah dah dipesan beberapa kali..jangan putuskan sahaja hubungan sesama rakan...senyap tanpa bertanya khabar... hahh.. bila dah bersapa ..wow rasa lain macam jer macam nak balik zaman kat UPM dulu... hati dah berbunga..seronoknyaaaa.... tapi semua tetap tak berubah macam dulu juga... minat pun tak berubah... kita tetap datinnnnn uuuuuuuu..... jangan sesekali putuskan terus hubungan sesama rakan walau sesibuk manapun... hubungan yang terjalin pasti membuat anda lebih sihat..... wahhhh....

Sabtu, 1 Ogos 2009

Salam...

Tiba2 jer rasa rindu makin membuak2.... coz hari ini sempat sms dengan seorang rakan lama semasa belajar di UPM dulu tetapi sudah hampir 5 tahun menjadi emak saudara kita(kahwin dengan Pak Su kite daaa)... sembang pasai kawan2 lama.... aduh... rindu laa.. pula... lepas tengok gambar terkini mereka dalam facebook.... bila pula nak adakan reunion ni... dah tak sabaq nak tunjuk ni... tunjuk apa.... ade laa.... bila bercakap berkaitan dengan rakan, sahabat, teman ni...... harap2 kita sambunglah ukhwah tu jangan biar terputus... sekarang ni... seiring dengan teknologi terkini semua boleh dihubungi... salam ukhwah untuk RECCERS 8...... tetap tak berubah.....

Khamis, 30 Julai 2009

SALAM PENUH KEINSAFAN

Sempat baca akbar hari ini... dalam ruangan dunia dimana menunjukkan kebesaran Yang Maha Esa... bayi kepala dua yang dilahirkan di Filipina sama dengan hari kematian juga bayi kepala dua yang dilahirkan di Indonesia... adakah kita insaf,,,,... sama2 direnungkan sama2 memuhasabah diri... insafi setiap kejadian...

TEPAT KE PILIHAN????


Sukar jika berbicara berkaitan dengan keputusan.... kadang2 keputusan yang dibuat tidak berpihak kepada yang benar... wow sukar.... kadang2 keputusan yang dibuat benar2 tepat dengan apa yang kita kehendakki.... memang benar kita terlalu banyak impian yang kadang2 sukar untuk kita perolehi kerana kita berdepan dengan alam... alam ciptaan tuhan yang sentiasa menguji setiap hambanya... namun ini bukan zalim... tadah tangan pohon doa, pohon keberkatan..keizinannya insyaallah... pastinya kurnian yang baik diberikan... lebih baik daripada yang diharapkan.... alhamdulillah... syukur... jangan lepaskan...

MASIH KU RINDUI...


Antara aktiviti yang selalu dilakukan waktu tak banyak tanggungjawab.... antara aktiviti yang melatih diri untuk lebih cergas dan cerdas... lebih berani dan yakin diri.... hallo kawan2... cam ke gambar sape ni????? dah ada pengganti ke....???????? ....

JAUH PERJALANAN


Dah berapa lama tak bercuti?????.... sejak mengalami kejutan dalam hidup.... rasa lama tak mengambil peluang menikmati keindahan bumi ciptaan tuhan... rasanya sekarang perlu bertindak dan bergerak....